SAROF DAN NAHU

SAROF DAN NAHU
KUAE SEREMBAN

Monday, August 18, 2014

Tiga Jenis Kalam

KALAM DAN  PEMBAHAGIAN.
Kalam ialah lafaz yang terdiri daripada beberapa perkataan yang melahirkan makna dan Kalam terbahagi kepada tiga iaitu:

1
Isim (Kata Nama).
Isim ialah perkataan yang menunjukkan kepada sesuatu benda atau sesuatu perbuatan yang tidak melibatkan masa.

Isim terbagi kepada dua iaitu;
a.  Kata Nama Benda (Isim),        contoh: Buku

b.  Kata Nama Kerja (Masdar),    contoh: Bacaan
اِسْمٌ
مثل:
الْكِتَابُ
القِرَأَةُ
2
Fi'il ( Perbuatan).
Fi'il ialah perkataan yang menunjukkan kepada sesuatu perbuatan yang melibatkan masa.
Fi'il terbagi kepada tiga:

a.  Perbuatan yang telah berlaku

b.  Perbuatan yang sedang dan akan berlaku

c.  Arahan melakukan sesuatu perbuatan.
فِعْلٌ

مَاضِىٌ
مُضَارِعٌ
أَمْرٌ
3
Huruf ( Partikel)
Huruf ialah perkataan yang tidak bertanda isim atau fi'il.
Perkataan yang tidak ada makna kecuali masuk pada isim atau fi'il.
Huruf terbagi kepada dua:
a.  Huruf yang ada makna,  contoh: Huruf Jar dan sumpah

b.  Huruf yang tiada makna, contoh: tha, jim, dal
حُرُوفٌ

جَرْ وَ قَسَمٌ
ث ، ج ، د

Contoh:Isim, Fi'il dan Huruf.
أَعُوْذُ بِــــاللهِ مِن الشَّيْطَانِ الرَجِيْمِ
اسم
اسم
حرف
اسم
حرف
فعل


Aku berlindung dengan Allah daripada syaiton yang direjam.

No comments:

Post a Comment