SAROF DAN NAHU

SAROF DAN NAHU
KUAE SEREMBAN

Wednesday, January 15, 2014

20 Medan Fi'il.

20 Medan Fi'il.


Fi'il.

الأمثل
فعل
1.
Sohih Salim
Terbahagi kepada 3 jenis, iaitu Salim, Mudhaaf dan Mahmuz. Fi'il Shahih Salim adalah kalimah yang fa’ fi’il, ‘ain' fi’il dan lam fi’ilnya bukan terdiri dari Huruf Illat ( و – ا – ي ), bukan Huruf Hamzah ( ء ),  juga ‘ain fi’il dan lam fi’ilnya bukan huruf berkembar  (sabdu).
نَصَرَ – ضَرَبَ – فَتَحَ
(dia telah menolong)
(dia telah memukul)
(dia telah membuka)
  إبنُ عل
صحيح سالم
2.
Sohih Mudhaaf
 Fi'il Shahih Mudha’af adalah kalimah yang A’in fi’il dan Lam fi’ilnya terdiri dari huruf kembar.
مَدَّ – قَرَّ – دَلَّ
(dia telah memanjang)
(dia telah sejuk)
(dia telah buktikan)
صحيح مضعف
3.
Sohih Mahmuz
Fi'il Shahih Mahmuz kalimah asal huruf-hurufnya ada Huruf Hamzah. Apabila Huruf Hamzah pada Fa’ Fi’il, maka dinamakan Bina’ Mahmuz Fa.
 Apabila Huruf Hamzah berada pada ‘Ain Fi’il, dinamakan Bina’ Mahmuz ‘Ain.
Apabila Huruf Hamzah menempat posisi Lam Fi’il, maka disebut Bina’ Mahmuz Lam



أَكَلَ
(dia telah makan)
سَأَلَ
(dia telah bertanya)
قَرَأَ
(dia telah membaca)
صحيح مهموز


المثل

الأجوف

النقص
4.
Muktal fa
Fi'il Muktal fa adalah kalimah fi’il yang satu atau dua huruf asalnya teridiri dari huruf illah (و – ا – ي). Mitsal adalah Kalimah yang fa’ fiilnya berupa Huruf ‘Illat. Apabila Huruf ‘Illat-nya berupa huruf wau (و) maka dinamakan, Bina’ Mitsal Wau
Apabila fa’ fi’ilnya berupa huruf illat Ya’ (ي), maka dinamakan: Bina’ Misal Ya

وَعَدَ – وَضَعَ – وَجَدَ
(dia telah berjanji)
(dia telah letak)
(dia telah dapat)

يَسُرَ – يَئِسَ – يَفَعَ
(dia telah jadi mudah)
(dia telah jadi kering)
(dia telah jadi dewasa)
معتل ف

المثل



5.
Muktal ain
Ajwaf adalah Kalimah yang ‘Ain Fiil nya berupa huruf ‘illah. Bilamana pada Ain Fi’ilnya berupa Harf ‘Illah Wau (و) maka dinamakan:Bina Ajwaf wau
Bilamana Huruf Ain Fi’ilnya berupa Harf ‘Illah ya’ (ي), maka disebut:Bina’ Ajwaf Ya
صَارَ – قَالَ – خَافَ
(menjadi, berkata, takut)
الأصل: قول ـ خوف

سَا رَ – هَا بَ – بَاعَ
(berjalan,  takut,  jual)
الأصل:سير ـ هيب ـ بيع
معتل ع الأجوف

6.
Muktal lam
 Apabila Lam Fi’il nya berupa huruf illah. Jika huruf illat nya wau, dinamakan Bina’ Naqish Wau
Dan bilamana Huruf Illat nya dari Huruf Ya’, disebut Bina’ Nakis Ya’i
غَزَا – سَلاَ – رَجَا
)melimpah, lupa, berharap)
 الأصل:غزو ـ سلوـ رجو.
سَرَى – رَمَى – رَضِيَ
(menyebarkan, melontar, meredhai)
الأصل: سري ـ رمي.
معتل ل
 النقص
7.
Lafif mafruq
kalimah yang dua huruf nya terdiri dari huruf ‘illah pada Fa’ fiil dan Lam fi’il, dinamakan Bina’ Lafif Mafruq
وَقَى – وَفَيَ – وَلَى
)menjaga, menunaikan, menghampiri)
 الأصل:
  وقي – ولي  
لفيف مفروق
8.
Lafif maqrun
Apabila kedua huruf illah itu pada ‘Ain fiil dan Lam fiil, disebut Bina’ Lafif Maqrun
شَوَى – قَوِيَ – رَوَيَ
(memanggang,  kuat, meriwayatkan)
الأصل: شوي
لفيف مقرون
9.
Mazid
Fi’il Mazid adalah fi’il yang ditambahi satu haruf atau lebih pada hurufnya yang asal.

أَكْرَم، فَرَّقَ ،انْكَسَرَ،اجْتَمَعَ

(bermurah hati,  membeza kan, pecah, berhimpun)

مزيد
10.
Mujarrad
Fi’il Mujarrad adalah Fi’il yang semua hurufnya asal tanpa tambahan huruf.
ذَهَبَ، تَرْجَمَ،
(Pergi, terjemah)
مجرد
11.
Muta'addi
kalimah Fi’il yang  memerlukan kepada Maf’ul.
شَرِبَ- يشْرَبُ
(Dia telah minum,  
dia sedang minum)
متعدى
12.
Lazim 
kalimah Fi’il yang tidak memerlukan kepada Maf’ul .
ذَهَبَ- يَذْهَبُ
(telah pergi, sedang pergi)
لازم
13.
  إبنُ عل
Maklum
Fi’il Ma’lum adalah kata kerja yang disebut  pembuatnya  atau kata kerja yang mempunyai makna mengerjakan sesuatau, dikenal dengan istilah kata kerja aktif, yang kata kerjanya berawalan me/ber
(Dia telah membaca):قَرَأ

(Dia telah Mencari):بَحَثَ         (Dia telah bermain) :لَعِبَ
                   
(Dia telah bertanya)   :سَاَلَ
معلوم
14.
Majhul
Fi’il Majhul adalah kata kerja yang pelakunya tidak disebutkan dalam kalimat, tetapi kata kerja tersebut dibuang karena suatu tujuan.
(ditolong): نُصِرَ،
 dikeluarkan خُرِجَ ،  
  dimakan,    أُكِلَ   

مجهول
15.
Mabni
Fi'il Madhi, Fi'il Amar dan Fi'il Mudari' yang bertemu nun jamak niswah.
قَامَ، قُمْ، ـ يَقُلْنَ
(berdiri, berdirilah, mereka perempuan berdiri)
مبنى
16.
Mukrab
Fi'il Mu'rob adalah fi'il Mudari', kecuali fi'il Mudari'yang dimasuki nun Jamak Niswah (Nun untuk banyak perempuan).
يضرب، يدخل، يأكل
(sedang memukul, sedang keluar, sedang makan)
معراب
17.
Fi'il Lima
Setiap kalimah fi’il mudhari’ yang tersambung dengan Alif Saniyah, Wau jama’ atau Ya’ muannas mukhatabah.
يفعلان ، وتفعلان ، ويفعلون ، وتفعلون ، وتفعلين
الأفعال اخمسة
18.
Sulasi
fi'il madi yang asal terdiri dari tiga huruf,
terbagi 2, iaitu Mujarad (tiga huruf) dan Mazid (empat huruf atau lebih)

خَرَجَ
(dia telah keluar)
أَخْرَجَ
(dia telah keluarkan)
ثلاثى
19.
Ruba'ei
fi'il madinya yang asal terdiri dari empat huruf, dengan wazan  ـ فَـعْـلَـلَ ـ
دَحْرَجَ
(menggulingkan)
رباعى
20.
Khumasi/
Sudasi
Fi’il khumasi adalah fi’il yang terdiri dari 5 huruf, dengan diawali hamzah washal dan huruf ta’ sebagai huruf tambahan
اِحْتَرَمَ
(menghormati)
اِسْتَغْفَرَ
(minta ampun)
خماسى/سداسى

No comments:

Post a Comment