SAROF DAN NAHU

SAROF DAN NAHU
KUAE SEREMBAN

Sunday, January 19, 2014

Matlamat Syariah Islam.

Maqasid Syariah

Bermaksud mencapai tujuan, natijah, atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melaluli dalil Al-Quran dan As-Sunnah, untuk mewujudkan kebaikan, menolak keburukan dan menghilangkan kemudharatan.

Asas maqasid syariah mempunyai lima prinsip pemilaharaan iaitu:-

1.         Agama/Akidah.

2.         Jiwa / Nyawa.

3.         Akal

4.         Keturunan/Zuriat

5.         Harta.

Lima prinsip asas ini menjadi fundamental kepada gaya hidup Islam dalam sistem pengurusan ekonomi, pendidikan, politik negara di samping pengurusan masyarakat secara menyeluruh, sebagai prinsip terpenting dalam perlembagaan dan perundangan negara yang berpaksikan ketelusan, bertanggung-jawab dan pentadbiran yang baik.
Ilmu maqasid adalah ilmu mengkaji tentang asas-asas yang menjadi sasaran syarak melalui penetapan hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah. Objektif asas ini penting dalam kehidupan seharian sebagai pendekatan berkesan bagi memastikan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta terjamin

Penting maqasid ini membuktikan bahawa Islam adalah sistem hidup lengkap, komprehensif, sesuai pada bila-bila masa dan boleh dilaksanakan dalam apa jua urusan kehidupan. Garis panduan ini adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak kehidupan dapat dipenuhi dan terpelihara.

Allah menetapkan syariat-Nya untuk memberikan kebaikan kepada seluruh manusia dan mengelakkan sebarang kerosakan. Syariah ini tidak boleh dipandang ringan kerana matlamatnya sangat objektif dan praktikal.
Maqasid ada bersifat umum dan khusus.
Maqasid umum ialah maqasid yang dilihat dalam hukum yang wajib dan melibatkan semua individu secara umum. Misalnya setiap manusia wajib beriman kepada Allah yang Esa, mencipta hukum dan alam serta mentadbirnya.
Maqasid khusus ialah cara syariah mempastikan kepentingan umum terjamin. Misalnya hukum menuliskan perjanjian ketika berhutang. 2/282.


No comments:

Post a Comment