Kaedah
membariskan Huruf Hamzah dan Kedudukannya.
Bahasa Arab mempunyai 4 baris asas iaitu: Baris Bawah, Baris
Depan, Baris Atas dan Baris Mati. Tiap-tiap baris tersebut mempunyai kedudukan
kekuatannya berbanding dengan baris-baris yang lain, seperti berikut:
NAMA BARIS
|
KEKUATAN BARIS
|
LAMBANG BARIS
|
|
1
|
Baris Bawah
|
baris terkuat
|
( -ِ )
|
2
|
Baris Depan
|
baris kuat.
|
( -ُ )
|
3
|
Baris Atas
|
baris kurang kuat.
|
( -َ )
|
4
|
Baris Mati
|
baris lemah
|
( -ْ )
|
Kedudukan Huruf Hamzah dalam suatu kalimah boleh di awal, ditengah
atau akhir, yang mempunyai kaedah meletakkan baris yang berbeza.
1.
Hamzah di awal kalimah.
Kedudukan
|
Contoh
|
حَرَكَة الهمزة
|
||
Jika hamzah berbaris bawah, huruf hamzah ditulis di bawah alif.
|
Keizinan
|
إِذْنٌ
|
مَكْسُوْرَةٌ
|
١
|
Jika hamzah berbaris depan, huruf hamzah ditulis di atas alif
|
Buah-buahan
|
أُكُلٌ
|
مُضْمُوْمَةٌ
|
٢
|
Jika hamzah berbaris atas, huruf hamzah ditulis di atas alif
|
Telah makan
|
أَكَلَ
|
مَفْتُوْحَةٌ
|
٣
|
1.1
Hamzah berbaris bertemu
dengan Hamzah berbaris Mati di awal kalimah.
Kedudukan
|
Sesudah pertukaran.
|
Asal
|
حَرَكَة الهمزة
|
|
Hamzah berbaris mati akan bertukar menjadi Ya berbaris mati apabila di dahului oleh hamzah berbaris
bawah (Maksurah).
|
إِيْمَانٌ
|
إِأْمَانٌ
|
مَكْسُوْرَةٌ
|
١
|
Hamzah berbaris mati akan bertukar menjadi Wau berbaris mati apabila di dahului oleh hamzah berbaris
depan (Madhmumah).
|
أُوْمِنُ
|
أُأْمِنُ
|
مُضْمُوْمَةٌ
|
٢
|
Hamzah berbaris mati akan bertukar menjadi Alif Mamdudah (Alif Mad)
apabila di dahului oleh hamzah berbaris atas (Maftuhah).
|
آمَنَ
|
أَأْمَنَ
|
مَفْتُوْحَةٌ
|
٣
|
2.
Hamzah di tengah kalimah.
Huruf hamzah ditulis di atas huruf yang berkaitan dengan
bandingan kekuatan baris hamzah dengan baris huruf sebelumnya.
2.1
Hamzah ditulis di atas
Alif, jika bandingan kekuatan baris adalah baris atas.
2.2
Hamzah ditulis di atas Wau,
jika bandingan kekuatan baris adalah baris depan.
2.3
Hamzah ditulis di atas Ya,
jika bandingan kekuatan baris adalah baris bawah.
Contoh:
Kedudukan.
|
|||
Huruf hamzah ditulis di atas Alif
kerana kekuatan baris atas bagi huruf hamzah
dan huruf Sin adalah sama.
|
Telah bertanya
|
سَأَلَ
|
١
|
Huruf hamzah ditulis di atas Wau
kerana kekuatan baris depan pada huruf Sin
melebihi kekuatan baris atas pada huruf hamzah.
|
Saolan
|
سُؤَالٌ
|
٢
|
Huruf hamzah ditulis di atas huruf Ya
kerana kekuatan baris bawah pada huruf Hamzah
melebihi kekuatan baris depan pada huruf Sin.
|
Telah ditanya
|
سُئِلَ
|
٣
|
Huruf hamzah ditulis di atas huruf Alif
kerana kekuatan baris atas pada huruf Hamzah
melebihi kekuatan baris mati pada huruf Sin.
|
Akan ditanya
|
يُسْأَلُ
|
٤
|
3. Hamzah di akhir
kalimah.
3.1
Jika huruf Hamzah di
dahului oleh huruf berbaris mati, huruf hamzah ditulis bersendirian dan
tidak di atas mana-mana huruf.
3.2
Jika huruf Hamzah di
dahului oleh huruf bukan berbaris mati, bergantung kepada baris huruf
sebelumnya. Huruf hamzah ditulis di atas huruf Alif, jika huruf
hadapannya berbaris atas, atas huruf Wau jika huruf hadapannya
berbaris depan, atau atas huruf Ya,
jika huruf hadapannya berbaris bawah.
Contoh:
Keterangan.
|
Contoh Kalimah
|
||
Huruf hamzah ditulis bersendirian dan
tidak di atas mana-mana huruf kerana huruf sebelumnya berbaris mati.
|
Sesuatu, Kejahatan
|
شَىْءٌ، سُوْءٌ
|
١
|
Huruf hamzah ditulis di atas huruf Alif
kerana huruf hamzah didahului oleh huruf Jim
berbaris atas.
|
Perlindungan
|
لَجَأٌ
|
٢
|
Huruf hamzah ditulis di atas Wau
kerana huruf hamzah didahului oleh huruf Dhod berbaris depan.
|
Telah bersih
|
وَضُؤَ
|
|
Huruf hamzah ditulis di atas huruf Ya
kerana huruf hamzah didahului oleh huruf Lam
berbaris bawah.
|
Telah dipenuhi
|
مُلِئ َ
|
No comments:
Post a Comment