SAROF DAN NAHU

SAROF DAN NAHU
KUAE SEREMBAN

Sunday, September 7, 2014

Baris Hamzah dan Kedudukannya.

Kaedah membariskan Huruf Hamzah dan Kedudukannya.

Bahasa Arab mempunyai 4 baris asas iaitu: Baris Bawah, Baris Depan, Baris Atas dan Baris Mati. Tiap-tiap baris tersebut mempunyai kedudukan kekuatannya berbanding dengan baris-baris yang lain, seperti berikut:


NAMA BARIS
KEKUATAN BARIS
LAMBANG BARIS
1
Baris Bawah
baris terkuat
( -ِ )
2
Baris Depan
baris kuat.
( -ُ )
3
Baris Atas
baris kurang kuat.
( -َ )
4
Baris Mati
baris lemah
( -ْ )


Kedudukan Huruf Hamzah dalam suatu kalimah boleh di awal, ditengah atau akhir, yang mempunyai kaedah meletakkan baris yang berbeza.

1.       Hamzah di awal kalimah.
Kedudukan
Contoh
حَرَكَة الهمزة
Jika hamzah berbaris bawah, huruf hamzah ditulis di bawah alif.
Keizinan
إِذْنٌ
مَكْسُوْرَةٌ
١
Jika hamzah berbaris depan, huruf hamzah ditulis di atas alif
Buah-buahan
أُكُلٌ
مُضْمُوْمَةٌ
٢
Jika hamzah berbaris atas, huruf hamzah ditulis di atas alif
Telah makan
أَكَلَ
مَفْتُوْحَةٌ
٣

1.1               Hamzah berbaris bertemu dengan Hamzah berbaris Mati di awal kalimah.
Kedudukan
Sesudah pertukaran.
Asal
حَرَكَة الهمزة
Hamzah berbaris mati akan bertukar menjadi Ya berbaris mati  apabila di dahului oleh hamzah berbaris bawah  (Maksurah).
إِيْمَانٌ
إِأْمَانٌ
مَكْسُوْرَةٌ
١
Hamzah berbaris mati akan bertukar menjadi Wau berbaris mati  apabila di dahului oleh hamzah berbaris depan  (Madhmumah).
أُوْمِنُ
أُأْمِنُ
مُضْمُوْمَةٌ
٢
Hamzah berbaris mati akan bertukar menjadi Alif Mamdudah (Alif Mad) apabila di dahului oleh hamzah berbaris atas (Maftuhah).
آمَنَ
أَأْمَنَ
مَفْتُوْحَةٌ
٣

2.       Hamzah di tengah kalimah.
Huruf hamzah ditulis di atas huruf yang berkaitan dengan bandingan kekuatan baris hamzah dengan baris huruf sebelumnya.
2.1               Hamzah ditulis di atas Alif, jika bandingan kekuatan baris adalah baris atas.
2.2               Hamzah ditulis di atas Wau, jika bandingan kekuatan baris adalah baris depan.
2.3               Hamzah ditulis di atas Ya, jika bandingan kekuatan baris adalah baris bawah.

Contoh:
Kedudukan.


Huruf hamzah ditulis di atas Alif kerana kekuatan baris atas bagi huruf hamzah dan huruf Sin adalah sama.
Telah bertanya
سَأَلَ
١
Huruf hamzah ditulis di atas Wau kerana kekuatan baris depan pada huruf Sin melebihi kekuatan baris atas pada huruf hamzah.
Saolan
سُؤَالٌ
٢
Huruf hamzah ditulis di atas huruf Ya kerana kekuatan baris bawah pada huruf Hamzah melebihi kekuatan baris depan pada huruf Sin.
Telah ditanya
سُئِلَ
٣
Huruf hamzah ditulis di atas huruf Alif kerana kekuatan baris atas pada huruf Hamzah melebihi kekuatan baris mati pada huruf Sin.
Akan ditanya
يُسْأَلُ
٤


3.   Hamzah di akhir kalimah.
3.1   Jika huruf Hamzah di dahului oleh huruf berbaris mati, huruf hamzah ditulis bersendirian dan tidak di atas mana-mana huruf.
3.2   Jika huruf Hamzah di dahului oleh huruf bukan berbaris mati, bergantung kepada baris huruf sebelumnya. Huruf hamzah ditulis di atas huruf Alif, jika huruf hadapannya berbaris atas, atas huruf Wau jika huruf hadapannya berbaris depan,  atau atas huruf Ya, jika huruf hadapannya berbaris bawah.

Contoh:
Keterangan.
Contoh Kalimah

Huruf hamzah ditulis bersendirian dan tidak di atas mana-mana huruf kerana huruf sebelumnya berbaris mati.

Sesuatu, Kejahatan
شَىْءٌ، سُوْءٌ
١
Huruf hamzah ditulis di atas huruf Alif kerana huruf hamzah didahului oleh huruf Jim berbaris atas.
Perlindungan
لَجَأٌ
٢
Huruf hamzah ditulis di atas Wau kerana huruf hamzah didahului oleh huruf Dhod berbaris depan.
Telah bersih
وَضُؤَ
Huruf hamzah ditulis di atas huruf Ya kerana huruf hamzah didahului oleh huruf Lam berbaris bawah.
Telah dipenuhi
مُلِئ َ


No comments:

Post a Comment